Perkhidmatan:
Tanah
|
Jenis Permohonan
- Permohonan Pindahmilik Tanah, Bahagian atau Pajakan
- Pindahmilik Gadaian
MAKLUMAT AM:
Pindahmilik
Pindahmilik adalah satu proses untuk menukar nama pemilik berdaftar.
Kebenaran Pindahmilik
Kebenaran pindahmilik adalah kebenaran Pihak Berkuasa Negeri ke atas mana-mana hakmilik yang dikenakan sekatan kepentingan.
Kuasa Meluluskan Pindahmilik
Kuasa meluluskan pindahmilik adalah seperti berikut:-
| Jenis Pindahmilik | Kuasa Melulus |
| a) | Pindahmilik daripada ibu/bapa kepada anak dan sebaliknya. | Pentadbir Tanah Daerah |
| b) | Pindahmilik daripada suami kepada isteri dan sebaliknya | - sama - |
| c) | Pindahmilik tanah di antara adik beradik sebapa atau seibu | - sama - |
| d) | Pindahmilik tanah individu Bumiputra ke Bumiputra/bukan Bumiputra ke bukan Bumiputra/bukan Bumiputra ke Bumiputra. | Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kawasan berkenaan. |
| e) | Pindahmilik Bumiputra ke bukan Bumiputra/Bumiputra ke syarikat/bukan Bumiputra ke syarikat/syarikat ke syarikat/syarikat ke individu. | Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor. |
| f) | Pindahmilik tanah ladang. | Lembaga Tanah Ladang Negeri |
| g) | Warganegara kepada warganegara asing/syarikat asing | Pengarah Tanah dan Galian Selangor |
| h) | Pindahmilik secara keseluruhan (Blanket Approval) kepada pembeli pertama | Y.A.B. Dato’ Menteri Besar Selangor |
SENARAI SEMAKAN PERMOHONAN KEBENARAN PINDAHMILIK
- Borang permohonan berserta surat sumpah yang telah diisi dan ditandatangani oleh pemohon dan penerima.
- Salinan resit bayaran cukai tanah.
- Salinan suratan hakmilik tanah yang diakui sah oleh Pejabat Tanah atau Pejabat Pendaftar Hakmilik Negeri Selangor.
- Surat kebenaran pemegang gadaian jika tanah ini digadaikan/dicagarkan.
- Sekiranya pindahmilik ini di antara:-
- Suami/isteri - Sila sertakan salinan surat nikah/sijil pendaftaran perkahwinan.
- Anak beranak dan adik beradik - Sila sertakan salinan surat beranak pemohon/penerima.
- Salinan kad pengenalan pemohon, penerima pindahmilik atau pemegang P.A. .
- Jika pemohon/penerima adalah syarikat, sila sertakan satu salinan ‘Memorandum and Articles of Association’, Borang 49, Borang 24 Akta Syarikat 1965 dan resolusi syarikat. Jika pemohon/penerima adalah persatuan/pertubuhan sila sertakan undang-undang tubuh perlu disertakan.
- Bayaran permohonan sebanyak RM30.00 bagi setiap satu permohonan.
- Jika harta yang hendak dipindahmilik ini dibeli daripada pihak pemaju atau pemilik lain, sila sertakan salinan surat perjanjian jual beli yang berkenaan.
- Dokumen yang berkaitan seperti perjanjian jual-beli, surat wasiat, ‘power attorney’ atau lain-lain jika ada.
|
Untuk Keterangan Lanjut sila klik di sini
|
|
|
|
|
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
|
|
|
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
|
|
|
|
©
2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
|
|
|