Perkhidmatan  


Perkhidmatan: Tanah: Permohonan Penyatuan Tanah



PENYATUAN TANAH
Dua atau lebih lot- lot tanah milik yang berdampingan yang dipegang oleh seorang di bawah hakmilik berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON
1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah;
2. Dibuat oleh pemilik tanah sendiri;

CARA MEMOHON

  1. Mengisi 3 salinan Borang 9C yang ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Kuasa Wakil (P. A) atau Syarikat (mana yang berkenaan);
  2. 1 salinan Surat Kuasa Wakil (P. A didaftarkan di Mahkamah Tinggi dan pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  3. Jika permohonan oleh syarikat, hendaklah disertakan dokumen - dokumen berikut:
    • 1 salinan Buku Undang- Undang Tubuh syarikat (Memorandum And Articles Of Association)
    • 1 salinan terkini Ahli Lembaga Pengarah Syarikat- Borang 49.
    • 1 salinan terkini Pemegang Saham Syarikat - Borang 24.
  4. 12 salinan pelan yang mengandungi Pelan Kunci, Pelan Lokasi dan Pelan Tapak yang disediakan dan ditandatangani oleh Jurukur Berlesen;
  5. Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah (vi) Sijil Carian Resmi yang asal;
  6. Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  7. Salinan hakmilik tanah;
  8. Surat persetujuan bertulis dari pihak yang berkepentingan berdaftar ke atas tanah samada pemegang gadaian, kaveat atau tuntutan faedah di bawah mana- mana tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran..

BAYARAN YANG DIKENAKAN
RM100.00 bagi setiap hakmilik mengikut Kaedah Tanah Selangor 1966.

KUASA MELULUSKAN

  1. Menteri Besar Selangor bagi tanah- tanah berikut:
    • Lot- lot yang disatukan dipegang di bawah hakmilik Pejabat Tanah keluasan jika disatukan melebihi 4 hektar( IOekar);
    • Lot yang dipegang sebahagiannya di bawah hakmilik Pejabat Pendaftaran dan sebahagian lagi di bawah hakmilik Pejabat Tanah;
    • Jika ujud apa- apa perbezaan di antara mana- mana dari lot tersebut dari segi berikut:
      1. Tempoh- tempoh dipegang;
      2. Kadar yang cukai sewa dibayar;
      3. Jenis penggunaan tanah, syarat dan sekatan kepentingan yang ianya tertakluk;
  2. Pengarah Tanah dan Galian bagi tanah hakmilik Pejabat Pendaftar.
  3. Pentadbir Tanah bagi tanahhakmilik Pejabat Tanah yang keluasan tanah tidak melebihi 4 hektar (10 ekar).

KETERANGAN LANJUT Sila hubungi unit tanah Daerah yang berkaitan seperti berikut :-
Petaling Gombak Klang
Petaling 7331963
Gombak 61311021
Klang 33711963
Hulu Langat 8251992
Kuala Langat 8671963
Kuala Selangor 8891010
Hulu Selangor 8041026/30
Sabak Bernam 8841963
Sepang 8461211/12

Disediakan Oleh:
Bahagian Pembangunan
Tanah, Pejabat
Tanah dan Galian,
Selangor Darul Ehsan.


(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")





© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)