Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Tanah : Permohonan untuk Memecahkan Sempadan Tanah

MAKLUMAT AM:

PECAH SEMPADAN TANAH
Tanah yang dipegang di bawah hakmilik tetap, samada Hakmilik Pejabat Pendaftar atau Hakmilik Pejabat Tanah, dipecah sempadan kepada dua atau lebih bahagian. Tiap-tiap satunya akan dipegang oleh pemilik tanah yang sama atau oleh pemilik-pemilik tanah bersama yang sama di bawah hakmilik-hakmilik yang berasingan. Berasingan adalah dicantumkan menjadi satu dan dipegang di bawah satu hakmilik.

BAGAIMANA UNTUK MEMOHON

  1. Permohonan dibuat melalui Pentadbir Tanah;
  2. Dibuat oleh pemilik tanah sendiri;

CARA MEMOHON

  1. Mengisi 3 salinan Borang 9 A yang ditandatangani oleh pemilik tanah atau Pemegang Kuasa Wakil (P.A) atau syarikat (mana yang berkenaan);
  2. 2 salinan borang 12B (menyerah balik tanah untuk kegunaan awam);
  3. 1 salinan Surat Kuasa Wakil (P.A) diaftarkan di Mahkamah Tinggi dan pejabat Tanah sekiranya permohonan dibuat oleh wakil pemilik tanah;
  4. Jika permohonan oleh syarikat, hendaklah disertakan dokumen -dokumen berikut
    • 1 salinan Buku Undang-Undang Tubuh syarikat (Memorandum And Articles Of Association)
    • 1 salinan terkini Ahli Lembaga Pengarah Syarikat- Borang 49.
    • 1 salinan terkini Pemegang Saham Syarikat - Borang 24.
  5. 7 salinan Pelan Tatatur dan Pelan Pra Hitungan yang disediakan oleh dan ditandatangani oleh Jurukur Berlesen dan diluluskan oleh Pihak Berkuasa Perancang.
  6. Pelan hendaklah ditandatangani oleh semua pemilik tanah;
  7. 1 salinan Laporan Cadangan Pemajuan mengikut garispanduan Jabatan Perancang Bandar dan Desa;
  8. Sijil Carian Resmi yang asal;
  9. Resit Bayaran Cukai Tanah bagi tahun semasa;
  10. Salinan hakmilik tanah;
  11. Surat persetujuan bertulis dari pihak yang berkepentingan berdaftar ke atas tanah samaada pemegang gadaian, keveat atau tuntuta faedah di bawah mana-mana tenansi yang dikecualikan daripada pendaftaran.

BAYARAN YANG DIKENAKAN
Bayaran dikenakan bagi setiap hakmilik mengikut Kaedah Tanah Selangor 1966 ialah:

  • Kurang 10 hektar -RM 100.00
  • 10 hektar hingga 50 hektar - RM 300.00
  • Melebihi 50 hektar -RM 500.00
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)