Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Tanah

Jenis Permohonan:
  • Permohonan Pajakan
  • Penyerahan Balik Pajakan
  • Permohonan Pembatalan Pajakan
MAKLUMAT AM:

PAJAKAN

Definisi
Tuan punya tanah boleh memberikan pajakan ke atas kesemua atau mana-mana bahagian tanah. Setiap pajakan yang diberikan mestilah untuk tempoh melebihi 3 tahun.

Kelayakan Memohon
Mana-mana orang atau badan atau syarikat boleh memohon pajakan keseluruhan atau sebahagian tanah kepada tuan tanah.

Kaedah Permohonan

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang 15A.
  • Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana
  • hakmilik tersebut dikeluarkan.
  • Bayaran Permohonan Sebanyak RM 50.00

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

  • Borang 15A yang lengkap diisi.
  • Pelan yang berkenaan
  • Hakmilik (DHKK) yang berkenaan
  • Salinan resit cukai tanah
  • Surat Perjanjian

TEMPOH PAJAKAN
Melibatkan keseluruhan tanah - maksima 99 tahun
Melibatkan sebahagian tanah - maksima 30 tahun

SEKATAN PAJAKAN

  • Sekatan kepentingan tidak boleh dipindahmilik, digadai atau dipajak tanpa kebenaran.
  • Perlu mendapatkan kebenaran untuk pajakan.

PENYERAHAN BALIK PAJAKAN
Mana-mana orang atau badan yang memajak tanah tersebut sebelum tamat tempoh.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang 15C.

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

  • Borang 15C
  • Hakmilik DHKK
  • Resit cukai tanah
  • Pendua pajakan

BAYARAN
Permohonan RM50.00

PENDAFTARAN
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

PEMBATALAN PAJAKAN
Mana-mana orang atau badan yang memajak tanah dari tuan tanah setelah tamat tempoh perjanjian pajakan tersebut.

CARA MEMOHON
Permohonan hendaklah dibuat menggunakan Borang 18A.

DOKUMEN YANG PERLU DISERTAKAN

  • Borang 18A
  • Hakmilik DHKK
  • Resit cukai tanah
  • Pendua pajakan

BAYARAN
Permohonan RM50.00

PENDAFTARAN
Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)