Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pinjaman/Kewangan : Permohonan Pinjaman Pelajaran

MAKLUMAT AM:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN PINJAMAN PELAJARAN YAYASAN SELANGOR

  1. Pemohon seorang warganegara Malaysia, keutamaan diberikan kepada Pemohon atau Ibu/Bapa Pemohon yang lahir di Negeri Selangor atau Pemohon yang lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974
  2. Pemohon telah mendapat tempat atau tawaran pengajian di Institusi Pengajian Tinggi Awam Tempatan, Kolej Inpens atau Unisel di peringkat Sijil, Diploma atau Ijazah pertama.
  3. Tidak mendapat Biasiswa / Pinjaman / Tajaan dari mana-mana pihak
  4. Mengisi Borang PP1 dengan lengkap dan menyerahkan kepada Yayasan Selangor sebelum Tarikh tutup penyerahan borang
PANDUAN MENGISI BORANG PP1
  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi lengkapan Borang PP1 berserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport
  2. Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan terang menggunaan huruf besar.
  3. Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan.
  4. Lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
    1. Surat beranak Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
    2. Kad pengenalan Pemohon, Ibu dan Bapa / Penjaga
    3. Surat tawaran kursus peringkat Sijil atau Diploma atau Ijazah Pertama
    4. Sijil Berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)
    5. Sijil SPM / SPMV / STPM / SIJIL / Diploma dan lain-lain Sijil yang berkaitan
    6. Slip / Penyata Yuran Pengajian
    7. Keputusan peperiksaan bagi setiap tahun Akademik /Semester (Jika Berkenaan)
    8. Penyata gaji terakhir daripada majikan (Bagi Ibi / Bapa / Penjaga yang bekerja))

Borang yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-
Yayasan Selangor
Menara Yayasan Selangor
No. 18 A Jalan Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
(U.P : Bahagian Pinjaman Pelajaran)
No. Telefon : 03-7551212
No. Faksimili : 03-7541790
(Maklumat Lanjut sila layari http://www.yayasanselangor.org.my)

© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)