Pemohon hendaklah seorang rakyat Malaysia. Pemohon dan ibu atau bapa
lahir di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum
1 Februari 1974.
Pemohon mesti Pelajar Khas Pendidikan Yayasan Selangor yang ditempatkan
samada di Asrama Pusat atau Asrama Daerah Yayasan Selangor.
Pelajar dari keluarga berpendapatan rendah atau mempunyai ramai tanggungan.
Mencapai keputusan peperiksaan penggal persekolahan dengan markah
melebihi 60% bagi setiap mata pelajaran.
Tidak pernah dikenakan denda tindakan tatatertib oleh Pihak Sekolah
dan Asrama Yayasan Selangor.
Tidak mendapat bantuan atau biasiswa dari pihak-pihak lain.
Mengisi Borang BIA/1 dengan lengkap dan menyerahkan borang berkenaan
sebelum tarikh tutup penerimaan permohonan.
PERINGATAN
Pemohon yang mengemukakan borang permohonan tidak lengkap atau maklumat
tidak tepat atau memberi maklumat palsu atau tidak memenuhi syarat-syarat
maka permohonannya tidak akan dipertimbangkan.
PANDUAN MENGISI BORANG
Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PKA/1 beserta sekeping
gambar terbaru berukuran pasport.
Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan TERANG
menggunakan HURUF BESAR.
Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan.
Sila lampirkan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti
berikut:
Surat beranak pemohon
Surat beranak atau kad pengenalan ibu bapa
Keputusan peperiksaan UPSR/PMR
Sijil berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)
Penyata gaji terakhir ibu dan bapa atau penjaga (jika berkenaan)
Surat Sokongan (jika ada)
Keputusan peperiksaan penggal terkini (Bagi pelajar Tingkatan
2 hingga 5)
Sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada:-
PENGURUS BESAR
YAYASAN SELANGOR
MENARA YAYASAN SELANGOR
NO. 18A JALAN PERSIARAN BARAT
46000 PETALING JAYA
SELANGOR DARUL EHSAN.
(u.p : Bahagian Pendidikan Menengah dan Rendah Unit Biasiswa)
No. Telefon : 03-79551212 Ext :126 / 134
No. Faks : 03-79541790
(Maklumat lanjut sila layari http://www.yayasanselangor.org.my)