Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pinjaman/Kewangan : Permohonan Pinjaman ASB

MAKLUMAT AM:

Sebagai langkah untuk meningkatkan penglibatan rakyat bumiputera Negeri Selangor untuk menambah saham mereka di dalam Skim Amanah Saham Bumiputera  (ASB), Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan telah meluluskan satu skim pinjaman dengan tabung pusingan berjumlah RM 30 juta mulai tahun 1987.

Skim pinjaman ini bertujuan membantu rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan yang berpendapatan rendah menambah pelaburan mereka di dalam Skim ASB.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut sila hubungi pejabat-pejabat berikut:

a) Pejabat Daerah (Bahagian Pembangunan)
b) Pejabat Penghulu
c) Pejabat Kebajikan
d) Pejabat Penerangan

Atau menulis terus ke Bahagian Pentadbiran seperti berikut:

Bahagian Penyertaan Bumiputera Seksyen Sektorial, Unit Perancang dan Pembangunan Negeri (UPPN) Selangor Darul Ehsan,

Tingkat 15, Bangunan SSAAS,
40503 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel: 03 – 55447000 samb. 7147, 7145

a)  Pejabat Daerah Hulu Langat,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 89251992

b) Pejabat Daerah Hulu Selangor,
44000 Kuala Kubu Bharu,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 60641026

c) Pejabat Daerah Klang,
Jalan Kota
41000 Klang,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 33711963

d) Pejabat Daerah Kuala Langat,
Telok Datok,
42700 Banting,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 31871963

e) Pejabat Daerah Petaling,
No. 9, Jalan Kemajuan,
47500 Subang Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 56331963

f) Pejabat Daerah Kuala Selangor,
45000 Kuala Selangor,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 32891010

g) Pejabat Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 32281963

h) Pejabat Daerah Sepang,
Tingkat Bawah, Bangunan Tun Aziz,
43900 Sepang,
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 87061212

i) Pejabat Daerah Gombak,
KM 16, Bangunan Sultan Sulaiman,
Jalan Rawang,
68100 Batu Caves
Selangor Darul Ehsan.
(u.p. Bahagian Pembangunan)
Tel: 03 – 61381963

1.Kelayakan

i) Rakyat Negeri Selangor Darul Ehsan

ii) Pendapatan bulanan RM 1,500.00 ke bawah atau pendapatan purata RM 250.00 ke bawah bagi pendapatan melebihi RM 1,500.00 sebulan.

iii) berumur di antara 18 tahun ke atas bagi yang telah berumahtangga, duda atau janda.

iv) bujang – berumur 27 tahun ke atas.

v) telah melabur sekurang-kurangnya RM 10 pelaburan pokok di dalam skim ASB.

vi) hanya satu permohonan dibenarkan daripada satu keluarga.

vii) hanya satu permohonan dibenarkan daripada satu orang.

2. Pengeluaran Pinjaman

i) Pinjaman berjumlah RM 2,000 (Ringgit Malaysia Dua Ribu Sahaja) tanpa sebarang faedah dikenakan kecuali wang pemerosesan sebanyak RM 10 dan cukai setem sebanyak RM 10 bagi tujuan memeterai perjanjian pinjaman antara Kerajaan Negeri dengan peminjam.

ii)  walau bagaimanapun wang pinjaman tidak akan diserahkan kepada peminjam sebaliknya Kerajaan Negeri akan melaburkan dengan cara membelikan sijil saham Skim ASB bagi pihak peminjam.

3. Bayaran Balik Pinjaman

Setiap pinjaman akan dibayar balik kepada Kerajaan Negeri melalui dividen yang dikeluarkan oleh Skim ASB hasil daripada wang pinjaman yang berjumlah RM 2,000 yang telah dilaburkan ke dalam skim ASB seperti yang diterangkan dalam perkara 2(i) dan 2 (ii) di atas. Bonuskan dimasukkan terus ke dalam akaun peminjam.

4. Tempoh Jangkamasa Pinjaman

Tempoh pinjaman adalah bergantung kepada kadar dividen yang dikeluarkan oleh skim ASB. (Sebagai contoh sekiranya jumlah dividen dikeluarkan atas kadar 15% setahun atau RM 300 atas pelaburan tambahan Dua Ribu Ringgit maka tempoh pinjaman tersebut akan selesai dalam masa 7 tahun dari tarikh pelaburan tambahan dibuat).

5. Pelepasan / Penyerahan Sijil

Sijil-sijil yang dipegang sebagai cagaran pinjaman oleh Kerajaan Negeri akan diserahkan kepada peminjam sebaik sahaja tempoh pinjaman tersebut selesai.

6. Cara Memohon

i) permohonan hendaklah dibuat melalui borang Skim Pinjaman Pelaburan ASB “PPI” (Pin 2/2001) yang boleh diperolehi daripada pejabat-pejabat berikut:
a) Pejabat Daerah/Tanah (Bahagian Pembangunan)
b) Pejabat Penghulu

ii) semua borang-borang yang telah lengkap dipenuhi hendaklah dikemukakan ke Bahagian Pembagunan, Pejabat Daerah beserta perkara-perkara berikut :
a)satu salinan kad pengenalan
b)satu salinan buku pelaburan skim ASB iaitu muka yang ada nombor ahli dan jumlah simpanan semasa.
iii)permohonan yang telah mendapat kelulusan Jawatankuasa Penimbang permohonan di peringkat negeri akan diberitahu melalui pos dan salinan kepada Pejabat Daerah.

© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)