Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pertanian, Haiwan, Hutan : Permohonan Lesen Anjing

MAKLUMAT AM:

Lesen Anjing boleh diperolehi di Kuanter Setempat Majlis Perbandaran Petaling Jaya Jalan Yong Siook Lin 46675 Petaling Jaya.

Bayaran hendaklah dijelaskan di kuanter bayaran Majlis Perbandaran Petaling Jaya. Bayaran bagi seekor anjing ialah RM 10.00.

Lesen anjing boleh diperolehi dalam tempoh 1 hari sahaja.

Lencana lesen akan diberikan dengan serta-merta selepas bayaran pendaftaran dibuat.

Sebarang masalah sila hubungi Unit Kawalan Vektor/Serangga Jabatan Kesihatan Menara MPPJ, Jalan Tengah, 46200 Petaling Jaya. Tel: 03- 756 2939 samb: 261

SYARAT-SYARAT

a)       Lesen anjing mesti diperbaharui pada tiap-tiap tahun iaitu sebelum 31 Januari

b)       Semua anjing yang berumur 3 bulan yang lebih yang tidak memakai lencana yang sah akan dimusnkan

c)       Memberi jagaan yang sempurna dipastikan sihat dari sebarang penyakit dan sijilnya daripada Doktor Veterinar.

d)       Menyediakan akan kandang/kenel yang sesuai dan menjaga kebersihannya supaya bersih dari najis, air kencing, sisa-sisa makanan dan sebarang punca kekotoran.

e)       Segala najis, air kencing dan lain-lain kekotoran daripada anjing hendaklah dibuang dengan sempurna.

f)         Mengawal anjing dan menghindarkan dari mudarat alam sekitar dan orang awam.

g)       Anjing tidak dibenarkan merayau-rayau di luar premis tanpa pengawasan.

h)       Anjing hendaklah dirantai lehernya semasa dibawa bersiar-siar.

i)         Pastikan anjing anda tidak menyalak berterusan sehingga menggangu jiran-jiran.

KAWASAN LARANGAN      

Kawasan-kawasan berikut adalah kawasan larangan anjing.

a)       Restoran/kedai makan.

b)       Kenderaan awam seperti bas/teksi dan lain-lain.

c)       Apatment/rumah pangsa.

d)       Rumah ibadat.

e)       Hospital,klinik(kecuali klinik haiwan).

f)         Tadika/sekolah dan pusat tuisyen.

g)       Taman Rekreasi.

TINDAKAN

Jika anda didapati melanggar syarat yang ditetapkan

a)       Mengkompaun.

b)       Mengambil tindakan mahkamah.

c)       Sekiranya didapati anjing anda berkeliaran tanpa lesen atau tanpa pengawasan, anjing anda akan ditangkap dan dimusnahkan.

d)       Lesen-lesan anjind boleh ditarik balik pada bila-bila masa oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Petaling Jaya tanpa sebarang alasan.

e)       Mana-mana anjing yang didapati berkeliaran di tempat-tempat awam sama ada memakai lencana atau tidak, akan ditangkap oleh MPPJ

f)         Sesiapa yang melanggar mana-mana Undang-undang Kecil Perlesenan dan Kawalan Anjing (kawasan MPPJ) boleh dikompaun di mahkamah sebanyak RM 100.00 atau didenda dimahkamah sebanyak RM 2000.00 atau penjara tidak lebih daripada setahun atau kedua-duanya sekali.

g)       Jabatan Kesihatan sedia memberi perkhimatan sekiranya terdapat.

h)       Aduan daripada orang awam mengenai anjing berkeliaran di kawasan MPPJ.

i)         Anjing-anjing yang dijumpai lepas bebas dan tidak mempunyai lencana-lencana ditempat awam.

j)         Laporan kepada pihak berkuasa jika terdapat anjng liar berkeliaran. Menghantar ke Jabatan Kesihatan anjing-anjing liar atau anjing-anjing yang dikehendaki.

k)       Sampah-sampah hendaklah dibungkus dengan beg-beg plastik dan disimpan di dalam tong sampah yang bertutup rapat.

l)         Jangan memberi perlindungan kepada anjing-anjing liar ini

m)     Apabila pihak berkuasa membuat kempen memusnah anjing liar, harap jangan memberi perlindungan kepada anjing-anjing liar tersebut.

  

(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)