Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pertanian, Haiwan, Hutan : Permohonan Lesen Anjing

MAKLUMAT AM:

Syarat-syarat Kelulusan Lesen Anjing

  1. Semua anjing-anjing yang berumur 3 bulan dan lebih hendaklah dilesenkan.
  2. Lesen ini akan tamat tempohnya pada 31 Disember pada tahun lesen itu dikeluarkan.
  3. Bayaran lesen anjing adalah RM 10.00 bagi setiap ekor anjing.
  4. Lesen yang hilang tidak akan diganti. Pemunya hendaklah memohon lesen yang baru dan dikehendaki membayar sebanyak RM10.00 bagi setiap lesen / ekor anjing.
  5. Lencana logam yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah hendaklah sentiasa digantung di leher anjing pada setiap masa. Menyediakan tali menggantung lencana logam adalah tanggungjawab pemunya.
  6. Semua anjing dilesenkan hendaklah disuntik bagi mencegah penyakit dengan ubat pencegah (Vaccination DALP + PV) oleh Pegawai Jabatan Haiwan atau mana-mana doktor Veterinar yang berdaftar.
  7. Rumah anjing hendaklah sentiasa berkeadaan bersih daripada najis anjing.
  8. Tuanpunya anjing adalah bertanggungjawab untuk memastikan anjing mereka tidak menyalak yang tidak berhenti-henti, merayau di luar kawasan premis, menggigit atau mengganggu orang awam di tempat awam.
  9. Anjing hendaklah sentiasa berikat dan memakal sarung mulut (muzzle) apabila dibawa keluar daripada tempat ianya biasa dipelihara / disimpan.
  10. Anjing tidak boleh dipelihara di rumah pangsa atau bangunan yang melebihi 2 tingkat.
  11. Hanya 2 ekor anjing sahaja dibenarkan dipelihara pada sesuatu masa.
  12. Mana-mana anjing yang didapati lepas bebas di tempat awam, berpenyakit, dipelihara tanpa lesen, menimbulkan kacauganggu kepada orang lain atau anjing dipelihara di tempat yang tidak dibenarkan, akan dirampas, ditangkap dan dihapuskan.
  13. Tuanpunya dikehendaki menyedia dan mempamirkan papan tanda "ADA ANJING DI SINI " di tempat yang mudah dilihat oleh orang awam.
  14. Tuanpunya yang gagal mematuhi syarat-syarat di atas akan dikenakan kompaun tidak lebih daripada RM 500.00 atau denda RM 2,000.00 atau penjara tidak lebih daripada satu (1) tahun atau kedua-duanya sekali.
  15. Mengemukakan Salinan Kad Pengenalan dan Gambar Pemohon Berukuran Pasport sebanyak sekeping.
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)