Perkhidmatan:
Perniagaan/Perindustrian
: Permohonan Video dan Snuker
MAKLUMAT AM:
MAJLIS PERBANDARAN KLANG
PERATURAN-PERATURAN HIBURAN DAN TEMPAT-TEMPAT HIBURAN (PERMAINAN VIDEO DAN SNUKER) (KAWALAN DAN PENYELIAAN) (SELANGOR) 1996
Borang A
PERMOHONAN LESEN TEMPAT HIBURAN DAN LESEN PERMAINAN HIBURAN SNUKER ATAU VIDEO
BAHAGIAN 1
ARAHAN
Sila penuhkan borang ini dengan huruf besar sebanyak 3 (tiga) salinan.
Tandakan X dalam kotak-kotak yang berkenaan.
Potong mana-mana yang tidak berkenaan.
Kembalikan borang ini berserta dengan dokumen-dokumen yang berikut (jika berkenaan):
Memorandum dan Artikel Persatuan, dan Borang 49 (penyata yang memberikan butir-butir dalam Daftar Pengarah, Pengurus dan Perubahan Butiran) mengikut Akta Syarikat 1965.
Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Pertukaran Perniagaan) dan Borang D (Akuan Pendaftaran Perniagaan) mengikut Akta Pendaftaran Perniagaan 1956.
Satu salinan kelulusan Sijil Layak Menduduki (C/0) yang dicadangkan.
5 salinan pelan lantai dan lokasi premis.
Surat persetujuan/pengesahan daripada pemunya tanah atau bangunan itu.
1 salinan kad pengenalan.
1 keping gambar pemohon berukuran pasport.
2 keping gambar premis (1 keping gambar yang diambil dari luar dan 1 keping yang diambil dari dalam premis)