Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Perniagaan/Perindustrian : Permohonan Remisi Tempoh Jan-Jun / Jul-Dis

MAKLUMAT AM:

Syarat-syarat untuk memohon Remisi Kekosongan Bangunan (Seksyen 162 – Akta Kerajaan Tempatan)

  1. Pembayar cukai boleh memohon remisi jika ;
    1. bangunan cuba disewakan tetapi tiada penyewa berminat atau belum dapat disewakan
    2. bangunan diubahsuai atau dibina semula
  2. Pemohon hendaklah menyertakan satu salinan dokumen seperti di bawah ;
    1. salinan bil elektrik dan air
    2. salinan bil cukai taksiran yang telah dibayar
    3. keratan iklan di surat khabar jika bangunan cuba disewakan atau surat pengesahan dari Agensi Harta
    4. gambar bangunan yang terkini
    *jika bangunan dikosongkan kerana maksud 1.(2) seperti di atas, perkara 3.(2) tidak perlu disertakan
  3. Semua borang permohonan tuntutan remisi mesti dikemukakan kepada MDHS dalam tarikh-tarikh seperti jadual di bawah. Borang yang dikemukakan selepas tarikh tutup akan dipertimbangkan untuk tempoh berikutnya.

    Tempoh permohonan bagi setengah tahun Tarikh tutup permohonan
    Januari hingga Jun 31 Julai – tahun yang sama
    Julai hingga Disember 31 Januari – tahun berikutnya

  4. Jika permohonan diluluskan, jumlah remisi yang diberikan akan dikreditkan ke dalam Akaun Cukai Taksiran. Kadar pulangan remisi yang telah ditetapkan oleh MDHS ialah 30%.
  5. Jika bangunan masih lagi kosong untuk taksiran tahun berikutnya, pemohon hendaklah membuat permohonan yang sama.
  6. Pemberitahuan mengenai kekosongan mesti dibuat secara bertulis dalam masa 7 hari dari mulanya kekosongan tersebut dan tidak lewat dari satu bulan selepas tamat mana-mana penggal pembayaran yang dituntut
  7. Jika perlu penjelasan sila hubungi Bahagian Penilaian Harta MDHS, Tel : 03 - 60641331
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)