MAKLUMAT AM:
PERMOHONAN BANTUAN TERNAKAN, BAHAN KANDANG SERTA PERALATAN TERNAKAN
Skim ini ditawarkan kepada penternak yang layak mengikut kriteria
yang telah ditetapkan oleh JPH Selangor. Di antara faktor yang diambil
kira semasa pemilihan penternak yang berjaya adalah pengalaman, sistem
penternakan yang mesra alam, simpanan data / akaun yang teratur dan terkini
serta taraf kesihatan ternakan.
Bantuan ini bertujuan untuk meningkatkan lagi pengeluaran ternakan atau
hasilan ternakan yang sedia ada serta mentransformasikan penternak kecil-kecilan
kepada penternak komersil. Secara tidak langsung ia dapat meningkatkan
pengeluaran makanan dan memenuhi pasaran domestik dan antarabangsa.
Di antara bantuan yang diberikan adalah ternakan seperti lembu, kambing,
anak ayam kampung atau anak itik. Bahan membuat kandang, pam air, mesin
pemotong rumput, tanaman rumput serta makanan tambahan lain juga diberi
sebagai bantuan sampingan.
Borang permohonan hendaklah diperolehi dari mana-mana Pejabat Perkhidmatan
Haiwan Daerah dengan harga RM3.
- Proses/ProsedurPermohonan
- Lengkapkan borang RK-PR-10 dengan maklumat yang diperlukan.
- Dapatkan pengesahan/sokongan daripada Pengerusi JKKK
- Kembalikan borang yang telah lengkap ke Pejabat Perkhidmatan Haiwan
Daerah di mana projek ternakan dijalankan dan dapatkan keratan bahagian
pemohon untuk simpanan/rujukan.
- Dokumen Yang Perlu Disertakan
- Salinan kad pengenalan
- Salinan sijil bagi latihan yang pernah diikuti
- Bukti pemilikan tanah/kawasan tapak projek
- Surat kuasa menggunakan tanah untuk projek jika bukan milik sendiri
- Contoh Borang
- Borang permohonan ternakan (PK-PR-10)
Borang permohonan hendaklah diperolehi dari mana-mana Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah dengan harga RM3