Perkhidmatan:
Perniagaan/Perindustrian
: Komposit bagi Permohonan Lesen Premis dan Lesen Iklan untuk Perniagaan Penerangan
MAKLUMAT AM:
MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
BORANG KOMPOSIT BAGI PERMOHONAN LESEN PREMIS
DAN LESEN IKLAN UNTUK PERNIAGAAN PENERANGAN
Borang ini hendaklah diisi dengan terang (dengan huruf besar) dan tanda ( / ) dalam kotak-kotak yang berkenaan serta kosongkan mana-mana yang tidak berkenaan.
Kembalikan borang ini beserta empat (4) salinan dokumen-dokumen berikut:
Memorandum dan Perkara Persatuan Bagi Syarikat (Memorandum and Articles of Association), Borang 24 (Return of allotment of Shares) and Borang 49 (Return Giving Particulars in Register of Directors, Managers and Secretaries and Changes of Particulars) mengikut Akta Pendataran Syarikat 1965
ATAU
Borang A (Pendaftaran Perniagaan) atau Borang B (Pendaftaran Perubahan Dalam Perniagaan) dan Borang D (Perakuan Pandaftaran Perniagaan) mengikut Ordinan Pendaftaran Perniagaan 1956
Pelan Lokasi premis yang terlibat
Pelan lantai premis berkenaan
Surat perjanjian atau kebenaran tuan bangunan (jika bangunan sendiri)
Salinan Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan/ Sementara (CF)/(TCF)
Gambar pemohon dua – empat (2/4) keping (untuk pemohon individu sahaja)
Sijil /surat pemeriksaan Doktor termasuk suntikan TY2 bagi semua pengendali makanan.