Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pendidikan/Latihan: Permohonan Pendaftaran Tadika Swasta

MAKLUMAT AM:

1.

KEMUKAKAN PERMOHONAN
Pemohon hendaklah mengemukakan surat permohonan kepada:

Pendaftar Sekolah-Sekolah Selangor
Jabatan Pendidikan Negeri Selangor
Jalan Jambu Bol 4/3E,Seksyen 4,
40604 Shah Alam.

(u.p. Unit Pendidikan Swasta)

dengan ringkasnya menyatakan tujuan penubuhan, kaedah kursus ditawarkan dan alamat tetap lokasi yang dipilih.

Permohonan hendaklah disertakan:


1. Pelan lokasi lengkap (lakaran), kedudukan dan  pandu arah Kawasan sekeliling.   
2. Pelan tapak bilik-bilik lengkap berukuran (lakaran).
3. Nama tadika beralamat penuh 3 km keliling/300 buah rumah ( bagi kawasan taman perumahan)
4. Surat persetujuan jiran-jiran terdekat,  mengandungi nama, nombor kad pengenalan, alamat rumah dan tandatangan penghuni/tuan punya rumah tidak kurang dari (10) sepuluh buah rumah jiran.      
5. Surat perjanjian sewa bangunan ( tenancy  agreement)
6. Sijil Kelayakan Menduduki Bangunan (CF)
7. Kertas kerja ( garis panduan disediakan)

2. 

LAWATAN KESESUAIAN
Satu surat jawapan penerimaan pemohon secara bertulis akan dikeluarkan dan meminta  pemohon menghubungi pihak jabatan menentukan tarikh lawatan. (temujanji)

3.

BORANG-BORANG PENDAFTARAN
Semua borang rasmi permohonan  pendaftaran akan diberikan kepada pemohon selepas  lawatan.

4.

SURAT-SURAT SOKONGAN DARI AGENSI BERKAITAN
Setelah borang permohonan disemak, jabatan akan mengeluarkan Surat kepada:

1. Pihak Berkuasa Tempatan
2. Jabatan Bomba dan Penyelamat
3. Pendaftar perniagaan. (ROB/ROC)

Untuk mendapatkan pandangan dan sokongan.

5.

SURAT KELULUSAN DAN TAWARAN SYARAT
Setelah menerima sokongan dari agensi berkenaan di para 5, surat kelulusan akan dikeluarkan kapada pemohon dengan syarat-syarat tertentu.

6.

SIJIL PENDAFTARAN
Sijil Pendaftaran Sekolah akan dikeluarkan setelah pemohon bersetuju dengan syarat yang dikenakan.



(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")

© 2010 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
  1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
  2. Bekalan Air Percuma bagi 20m3
  3. Hadiah Anak Masuk Universiti
  4. Mesra Usia Emas
  5. Program peningkatan hasil daripada bahan batuan dan mineral
  6. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
  7. Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladangi
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)