Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pendidikan/Latihan : Permohonan Kemasukan Asrama

MAKLUMAT AM:

SYARAT-SYARAT PERMOHONAN

  1. Pemohon hendaklah seorang rakyat Malaysia. Pemohon dan ibu atau bapa lahir di Negeri Selangor atau lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 atau pemohon lahir di Negeri Selangor dan ibu bapa pemastautin tetap lebih 10 tahun di Negeri Selangor (dengan mendapat pengesahan dari pihak berkenaan)
  2. Mengisi Borang PKA/1 dengan lengkap dan menghadiri temuduga.
  3. Pemohon bersekolah dalam Negeri Selangor dan keutamaan dari luar bandar.
  4. Pemohon mendapat 5A atau sekurang-kurangnya 4A 1B dalam UPSR terbaru.
  5. Pemohon sihat fizikal, mental dan emosi dengan mendapat pengesahan doktor. Pemohon tidak cacat fizikal yang menyukarkan ia bergerak atau berjalan seperti turun bas, bersukan dan sebagainya.
  6. Pemohon sedia ditempatkan di mana-mana Asrama Yayasan Selangor dan sekolah yang ditetapkan.
  7. Sekiranya pemohon tiadk menerima sebarang tawaran dari Yayasan Selangor sehingga tarikh awal tahun persekolahan dibuka, bermakna secara automatik permohonan tidak berjaya. Pihak Yayasan Selangor tidak akan menghantar sebarang pemberitahuan bagi permohonan yang gagal.

PERINGATAN
Sila baca dan patuhi kaedah mengisi Borang PKA/1

  1. Borang permohonan yang tidak lengkap atau mengandungi butiran atau maklumat palsu dan pemohon tidak memenuhi syarat-syarat permohonan maka permohonannya tidak akan dipertimbangkan.
  2. Sila maklumkan kepada Yayasan Selangor pada kadar segera sekiranya berlaku pertukaran alamat surat menyurat atau no. telefon selepas temuduga dijalankan. Sila beri nombor telefon untuk pihak Yayasan Selangor menghubungi pemohon atau wakil.

PANDUAN MENGISI BORANG

  1. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi Borang PKA/1 beserta sekeping gambar terbaru berukuran pasport.
  2. Semua maklumat yang diberi hendaklah benar dan ditulis dengan TERANG menggunakan HURUF BESAR.
  3. Isi maklumat secara ringkas dan tepat di ruang yang disediakan. Pengesahan mesti dibuat oleh mereka yang berkenaan pada:
    • Perkara : 4 : Guru Besar Sekolah Rendah terakhir.
    • Perkara : 5.14 Majikan / Ketua Jabatan bagi yang bekerja
    • Pegawai Kerajaan Kumpulan A.
    • Penghulu / Ketua Kampung / JP bagi yang bekerja sendiri.
    • Perkara : 10 Majikan / Ketua Jabatan / Pegawai Kerajaan Kumpulan A / Penghulu.
  4. Lampirkan pada borang permohonan salinan dokumen-dokumen yang telah disahkan benar seperti berikut:
    1. Surat beranak pemohon
    2. Surat beranak atau kad pengenalan ibu bapa
    3. Keputusan peperiksaan UPSR/PMR
    4. Sijil berhenti Sekolah dan Surat Akuan (Testimonial)
    5. Penyata gaji ibu dan bapa (jika berkenaan)
  5. Borang permohonan hendaklah dibawa dan diserahkan semasa temuduga.
  6. Sebarang pertanyaan hendaklah dirujuk kepada:-

Unit Hal Ehwal Pelajar
Bahagian Pendidikan Menengah dan Rendah
Yayasan Selangor
Menara Yayasan Selangor
No. 18A Jalan Persiaran Barat
46000 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan.

No. Telefon : 03-79551212 / 03-79541121 Ext 126 / 157
No. Faks : 03-79541790
(Laman Web : http://www.yayasanselangor.org.my)

© 2010 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
  1. Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)
  2. Bekalan Air Percuma bagi 20m3
  3. Hadiah Anak Masuk Universiti
  4. Mesra Usia Emas
  5. Program peningkatan hasil daripada bahan batuan dan mineral
  6. Pusat Khidmat Krisis Sehenti (OSCC)
  7. Tabung Pendidikan Anak-anak Pekerja Ladangi
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)