Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pendidikan/Latihan: Permohonan Latihan Menternak

MAKLUMAT AM:

PERMOHONAN LATIHAN MENTERNAK
Latihan menternak ini ditawarkan kepada usahawan, perajurit, penternak sedia ada atau bakal penternak yang telah mengenalpasti lokasi projek, modal yang akan dilaburkan serta disokong oleh Pegawai Haiwan Daerah di mana projek akan dijalankan.

Latihan yang dianjurkan bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kefahaman dari segi teknikal dan pengurusan teori dan praktikal. Jenis ternakan yang terlibat ialah lembu pedaging, lembu tenusu, bebiri, kambing, ayam, itik, puyuh dan unggas.

Jenis latihan yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  1. Pengurusan ternakan, teknologi ternakan serta pengurusan ladang / organisasi
  2. Pembangunan usahawan dari segi ekonomi dan kewangan
  3. Pengurusan industri hiliran unggas

Proses/Prosedur Permohonan

  1. Lengkapkan borang permohonan latihan menternak
  2. Dapatkan pengesahan/sokongan daripada pihak yang berkenaan
  3. Kembalikan borang yang telah lengkap ke Pejabat Perkhidmatan Haiwan Daerah di mana projek ternakan dijalankan
  4. Buat temujanji dengan Pegawai Perkhidmatan Haiwan Daerah untuk ditemubual atau lawatan ke tapak projek jika perlu.
Dokumen Yang Perlu Disertakan
  1. Salinan kad pengenalan
  2. Salinan sijil bagi latihan yang pernah diikuti
  3. Bukti pemilikan tanah/kawasan tapak projek
  4. Surat kuasa menggunakan tanah untuk projek jika bukan milik sendiri
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)