|

Perkhidmatan: Pendidikan
& Latihan : Pendaftaran
Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) (Kebajikan)
Maklumat
Am
TAMAN ASUHAN KANAK-KANAK
(TASKA)
Definisi
Mana-mana premis yang menempatkan empat atau lebih kanak-kanak
di bawah umur empat tahun dan lebih daripada satu isi rumah
diterima masuk dan dijaga dengan upah.
Kumpulan Sasar
Diutamakan kepada kanak-kanak berumur empat tahun ke bawah
seperti termaktub di dalam Akta Taman Asuhan Kanak-kanak
1984. Perkhidmatan juga diberi kepada pekerja TASKA, ibubapa
dan pihak-pihak yang terlibat dalam asuhan kanak-kanak.
Jenis Asuhan
Taman Asuhan di rumah; iaitu satu tempat asuhan kanak-kanak
yang menerima masuk kanak-kanak kurang daripada 10 orang
Taman Asuhan Kanak-kanak di institusi, iaitu satu tempat
asuhan yang menerima 10 orang kanak-kanak atau lebih.
Peraturan Taman Asuhan Kanak-kanak Di Institusi 1985
Pendaftaran
Bayaran RM50.00 setahun. TASKA perlu memohon untuk pendaftaran
semula melalui Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah yang
berhampiran setiap tahun.
Pengasuh
- pengasuh hendaklah berusia 18 tahun ke atas
- mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-kanak yang diiktiraf
oleh Jabatan
- Kebajikan Masyarakat dalam tempoh satu tahun mula bekerja
di TASKA
- mempunyai pengalaman yang cukup dalam pengasuhan kanak-kanak
Nisbah Antara Pengasuh Dan Kanak-kanak
|
Bil. Pengasuh
|
Bil. Kanak-kanak
|
Umur Kanak-kanak
|
|
1
1
1
|
5
10
4
|
Di bawah 3 tahun
Di antara 3-4 tahun
Kanak-kanak tidak upaya bawah 4 tahun
|
Luas
Ruang Lantai
Keluasan lantai ialah 3.5 meter persegi untuk seorang kanak-kanak
(ruang di dapur, stor, tandas, pejabat, bilik pengasuh dan
tempat laluan tidak diambilkira). Satu tandas bagi
setiap 10 orang.
Keselamatan
Tiap-tiap TASKA perlu ada alat pemadam dan peti/kotak Pertolongan
Cemas. Latihan kebakaran dibuat sekurang-kurangnya tiga
bulan sekali.
Lain-lain
·
Sijil Pendaftaran, Jadual Aktiviti Harian, Jadual Menu harian perlu dipamerkan.
·
Memberitahu Ketua Pengarah dalam masa 14 hari, jika berlaku apa-apa perubahan
dalam Sijil Pendaftaran.
·
Tidak membuat apa-apa pindaan ke atas premis tanpa kelulusan bertulis daripada
Ketua Pengarah atau pihak Berkuasa Tempatan.
Kesalahan dan Penalti
·
menjalankan TASKA tanpa didaftarkan boleh didenda sehingga RM1,000.00 atau RM2,000.00
bagi kesalahan kedua atau berikutnya
·
menjalankan TASKA di premis lain daripada seperti yang ternyata di dalam Sijil
Pendaftaran
·
memberi kenyataan palsu
·
menghalang Pegawai Berkuasa
·
enggan mengemukakan daftar, buku rekod dan lain-lain atau memberi maklumat palsu
semasa diperiksa
·
menjalankan TASKA dengan nama lain daripada yang tercatat di dalam Sijil Pendaftaran
·
tidak mematuhi perintah yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah
·
tidak mematuhi kepada mana-mana Peraturan di bawah Taman Asuhan Kanak-kanak
(Institusi) Peraturan 1985
·
ika sabit kesalahan, boleh didenda sehingga RM2,000.00 atau setahun penjara.
|
|
|
|
|
(Sila
"right-click" dan tekan "save target as") |
|
|
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..s")
|
|