Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pendidikan/Latihan

PERKHIDMATAN

KATEGORI KEAHLIHAN

  1. Dewasa
  2. Remaja
  3. Kanak-kanak
  4. Permohonan Keahlihan APD

KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
Keahlian perpustakaan dibuka kepada semua orang ramai yang bermastautin di negeri Selangor Darul Ehsan dan pendaftaran adalah percuma, Keahlian terbahagi kepada tiga kategori iait dewasa, remaja dan kanak-kanak, lanya sah bagi tempoh dua tahun dan boleh diperbaharui sekiranya ingin terus menjadi ahli.

Buku untuk pinjaman disediakan untuk kanak-kanak, remaja, dan dewasa. Tempoh pinjaman buku adalah selama 3 minggu untuk 3 buah buku. Setiap kelewatan pemulangan sesebuah buku didenda hanya sebanyak 10 sen sahaja. Pengguna perpustakaan juga boleh menyertai sebarang aktiviti yang terdapat di perpustakaan. Walaupun keahlian perpustakaan adalah percuma, pengguna akan dikenakan bayaran sekiranya ingin menggunakan alat pandang dengar (APD) atau melayari internet di Bilik Multimedia.

Borang yang berkaitan:

  • Borang Keahlian Dewasa
  • Borang Keahlian Remaja
  • Borang Keahlian Kanak-kanak
  • Borang Pembaharuan Keahlian
Pegawai untuk dihubungi: Pn Sabariah Sayuti Ketua
Bahagian Edaran Tel : 55197667
samb 104 Email:
sabariah@ppas.org.my

PERKHIDMATAN ALAT PANDANG DENGAR (APD)
Keahlian APD terbahagi kepada dua iaitu individu dan korporat. Keahlian individu dikenakan bayaran RM20.00 setahun manakala RM50.00 setahun dikenakan bagi keahlian korporat.

Koleksi APD terdiri daripada bahan-bahan seperti kaset, video, cakera padat (CD), cakera laser (LD), filem 35mm, mikrofis, mikrorilem dan CD ROM. Koleksi video meliputi semua bidang dari hiburan hingga keperluan maklumat dan penyelidikan. Pita kaset untuk mempelajari bahasa-bahasa asing boleh diperolehi atas permintaan.

Pegawai untuk dihubungi :
En Nor Khairul Nizam M. Sidon
Unit Alat Pandang Dengar
Tel : 55197667 samb 111

Borang yang berkaitan:

  • Borang Keahlian APD - Individu/Korporat
  • Borang Pembaharuan Keahlian

PERKHIDMATAN MULTIMEDIA
Bilik Multimedia disediakan untuk perkhidmatan multimedia iaitu melayari internet dan menggunakan cd-rom. Penggunaan cd-rom adalah percuma manakala pengguna yang berminat untuk melayari internet dikenakan bayaran RM3.00 bagi dewasa dan RM1.50 bagi kanak-kanak setiapjam.

Pegawai untuk dihubungi:
En Saiful
Bilik Multimedia
Tel : 55197667 samb 104
Borang yang berkaitan: tiada

GROLIER ONLINE
Grolier Online merupakan ensiklopedia dalam talian yang dilanggan oleh PPAS. Pengguna yang berminat boleh melayari laman web Grofier di Bilik Multimedia.

Pegawai untuk dihubungi:
En Saiful
Bilik Multimedia
Tel : 55197667 samb 104
Borang yang berkaitan: tiada
Pencarian maklumat secara online

KAUNTER PERKHIDMATAN MAKLUMAT MASYARAKAT (CIS)
Perkhidmatan ini melayani dan menyalurkan maklumat melalui pertanyaan di kaunter Perkhidmatan Maklumat Masyarakat. Maklumat terkini berkenaan Shah Alam dikumpulkan dalam bentuk keratan akhbar, brosur, risalah, dan laporan jabatan/agensi kerajaan untuk makluman orang ramai. Buku rujukan untuk tujuan quick reference juga disediakan.

Pegawai untuk dihubungi:
Pn Sabariah Sayuti Ketua
Bahagian Edaran Tel: 55197667 samb 104
Email: sabariah@ppas.org.my
Borang yang berkaitan: tiada

PINJAMAN ANTARA PERPUSTAKAAN
Sistem Pinjaman Antara Perpustakaan (SPP) membenarkan PPAS meminjam bahan daripada perpustakaan lain sekiranya PPAS tidak mempunyai bahan yang diperiukan oleh pengguna. Atas permintaan pengguna, PPAS akan membuat pinjaman melalui Perpustakaan Negara, perpustakaan akademik (IPT) dan lain-lain,

Pegawai untukdihubungi :
Cik Ooi Leh See
Ketua Bahagian Rujukan
Tel : 55197667 samb 204
Email: ooilehsee@ppas.org.my
Borang yang berkaitan:

  • Borang Pinjaman Antara Perpustakaan

JEJAK IT
Jejak IT merupakan satu program e-learning yang diperkenalkan oleh PPAS melalui portal www.jejakit.com. Terdapat pelbagai program pembelajaran yang ditawarkan di mana pengguna akan dikenakan yuran tahunan mengikut tahap program pembelajaran yang dipilih. Pengguna yang berjaya menamatkan program pembelajaran ini akan mendapat sijil yang diiktiraf. Projek ini masih di peringkat awal dan dijangka akan dilancarkan pada bulan April 2002.

Pegawai untukdihubungi:
Puan Suzliana Abd. Hamid
Ketua Bahagian Knowledge Management
Tel : 55197667 samb 128
Borang yang berkaitan: tiada
Akses maklumat secara online

ONLINE PUBIC ACCESS (OPAC)
OPAC boleh dicapai memalui laman web PPAS. OPAC merupakan enjin pencarian bagi katalog dalam talian PPAS. Melalui OPAC, pengguna boleh mendapatkan maklumat mengenai bahan-bahan yang terdapat di PPAS (ibu pejabat dan cawangan). Pengguna juga boleh mengetahui samada bahan tersebut ada di rak atau tidak. Antara maklumat yang dipaparkan ialah judul bahan, nombor panggilan, status bahan dan lokasi.

Pegawai untuk dihubungi:
Cik Ooi Leh See
Ketua Bahagian Rujukan
Tel: 55197667 samb 204
Email: ooi@ppas.org.my

Pn Sabariah Sayuti Ketua
Bahagian Edaran Tel : 55197667 samb 104
Email: sabariah@ppas.org.my
Borang yang berkaitan: tiada
Pencarian maklumat secara online melalui Laman Web PPAS

DOWNLOAD BORANG KEAHLIHAN DEWASA (Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
DOWNLOAD BORANG KEAHLIHAN KANAK-KANAK (Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
DOWNLOAD BORANG KEAHLIHAN APD (Sila "right-click" dan tekan "Save Target As....")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)