Perkhidmatan  


Perkhidmatan:
Pembangunan & Perumahan : Notis Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok (JPBD)


Maklumat Am

Lembaga Rayuan Selangor

Lembaga Rayuan Negeri Selangor ditubuhkan di bawah Peruntukan Seksyen (36), Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 1972). Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(2) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri Selangor dengan persetujuan Menteri telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli Lembaga Rayuan Selangor.

Fungsi Lembaga Rayuan

Lembaga Rayuan bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan seterusnya, menimbangkan kes-kes rayuan tersebut, di mana:

·        Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali (independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak berkuasa perancang tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan.

·        Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab mendengar, mempertimbangkan dan membuat keputusan kepada kes-kes sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan) A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.

Memfailkan Rayuan

Sesuatu rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu bulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada pemohon oleh pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).

Jenis-Jenis Rayuan

i.         Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan Majlis [Seksyen 23(1) (a) & (b)] (Borang A Jadual ii)

Bagi seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Perancang Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.

Bagi seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut Seksyen 21(b).

ii.       Amaun Pampasan [Seksyen 25(9)] (Borang B Jadual ii)

Bagi seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan kelulusan pelan bangunan.

iii.     Notis Permintaan [Seksyen 30(2)] (Borang C Jadual ii)

Jika tuanpunya tanah terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan atau syarat-syarat  dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa Perancang Tempatan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri seperti;

·  Meminta supaya dihentikan penggunaan itu;

·  Mengenakan apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, atau;

·  Meminta supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.

iv.      Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan [Seksyen 30(7)] (Borang B Jadual ii)

Bagi seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang ditawarkan oleh PBPT akibat menanggung kerosakan yang berupa kekusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBPT.

v.        Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35C)(Borang B Jadual ii)

Jika seseorang itu terkilan dengan;

a)      Suatu Perintah Pemeliharaan Pokok,

b)     Mana-mana Peruntukan dalam suatu Perintah Pemeliharaan Pokok,

c)                  i. Penolakan pemberian kebenaran bertulis;

ii. Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran bertulis, di bawah perenggan (a) seksyen 35A(2)

d)     Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok di bawah perenggan (b) seksyen 35 A(2).

vi.      Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35D) (Borang B Jadual ii)

Jika pemunya tanah yang tanahnya dimasukkan oleh sesuatu Perintah Pemeliharaan Pokok yang di awardkan, membuktikan bahawa dia mengalami kerugian yang berupa kekusutan dalam nilai tanahnya, akibat dari mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35C.

vii.    Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula Pokok (Seksyen 35E)(Borang E Jadual ii)

Bilamana orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A(4) kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Perintah Pemeliharaan Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam suatu pokok yang lain.


(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")




© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)