|

Perkhidmatan: Pembangunan
& Perumahan : Notis
Rayuan Terhadap Kewajipan Untuk Mengganti Pokok (JPBD)
Maklumat
Am
Lembaga
Rayuan Selangor
Lembaga
Rayuan Negeri Selangor ditubuhkan di bawah Peruntukan Seksyen
(36), Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 1972). Pada
menjalankan kuasa yang diberikan oleh subseksyen 36(2) Akta
172, Pihak Berkuasa Negeri Selangor dengan persetujuan Menteri
telah melantik Pengerusi, Timbalan Pengerusi dan Ahli-ahli
Lembaga Rayuan Selangor.
Fungsi
Lembaga Rayuan
Lembaga
Rayuan bertujuan untuk memberikan peluang kepada orang awam
mengemukakan rayuan sekiranya terkilan atau tidak berpuas
hati dengan keputusan pihak berkuasa perancang tempatan dan
seterusnya, menimbangkan kes-kes rayuan tersebut, di mana:
·
Lembaga Rayuan sebagai satu badan berkecuali
(independent body) yang dilantik oleh Pihak Berkuasa Negeri
bagi menyelesaikan pertikaian di antara perayu dengan pihak
berkuasa perancang tempatan khususnya yang terbit dari sesuatu
keputusan perancangan yang mana perayu itu sama ada sebagai
pembantah, pemohon, pemilik atau pengguna merasa terkilan.
·
Lembaga Rayuan sebagai suatu tribunal bertanggungjawab
mendengar, mempertimbangkan dan membuat keputusan kepada kes-kes
sebagaimana dinyatakan di bawah Akta 172 dan Akta (Pindaan)
A933, Akta Perancangan Bandar dan Desa.
Memfailkan
Rayuan
Sesuatu
rayuan boleh dibuat kepada Lembaga Rayuan dalam tempoh satu
bulan dari tarikh keputusan disampaikan kepada pemohon oleh
pihak Berkuasa Perancang Tempatan (PBPT).
Jenis-Jenis
Rayuan
i.
Rayuan Oleh Pemohon Terhadap Keputusan
Majlis [Seksyen 23(1) (a) & (b)] (Borang A Jadual ii)
Bagi
seseorang yang terkilan dengan penolakan Pihak Berkuasa Perancang
Tempatan mengenai permohonan kebenaran merancang atau syarat
yang dikenakan dalam memberikan kebenaran merancang.
Bagi
seseorang yang terkilan dengan keputusan Pihak Berkuasa Tempatan
berhubung dengan bantahan yang dibuat menurut Seksyen 21(b).
ii. Amaun Pampasan [Seksyen 25(9)] (Borang B Jadual ii)
Bagi
seseorang yang terkilan dengan amaun sesuatu pembayaran balik
atau pampasan yang ditawarkan atau dibayar kepadanya akibat
penarikan balik dan pengubahsuaian kebenaran merancang dan
kelulusan pelan bangunan.
iii. Notis Permintaan [Seksyen 30(2)] (Borang C Jadual ii)
Jika
tuanpunya tanah terkilan untuk mematuhi permintaan-permintaan
atau syarat-syarat dalam notis permintaan oleh Pihak Berkuasa
Perancang Tempatan, dengan kelulusan Pihak Berkuasa Negeri
seperti;
· Meminta
supaya dihentikan penggunaan itu;
· Mengenakan
apa-apa syarat bagi penggunaan tanah itu yang berterusan sebagaimana
yang dinyatakan dalam notis permintaan itu, atau;
· Meminta
supaya langkah-langkah yang dinyatakan dalam notis permintaan
diambil untuk mengubah atau memindahkan bangunan kerja itu.
iv. Amaun Pampasan Akibat Notis Permintaan [Seksyen 30(7)] (Borang B Jadual
ii)
Bagi
seseorang yang tidak berpuashati dengan amaun pampasan yang
ditawarkan oleh PBPT akibat menanggung kerosakan yang berupa
kekusutan nilai tanah, kerana mematuhi kos permintaan PBPT.
v.
Rayuan Terhadap Perintah Pemeliharaan
Pokok (Seksyen 35C)(Borang B Jadual ii)
Jika
seseorang itu terkilan dengan;
a) Suatu
Perintah Pemeliharaan Pokok,
b)
Mana-mana Peruntukan dalam suatu Perintah Pemeliharaan
Pokok,
c)
i. Penolakan pemberian kebenaran bertulis;
ii.
Mana-mana syarat yang dikenakan ke atas pemberian suatu kebenaran
bertulis, di bawah perenggan (a) seksyen 35A(2)
d)
Suatu perintah untuk menanam atau menggantikan pokok
di bawah perenggan (b) seksyen 35 A(2).
vi. Pampasan Di Bawah Perintah Pemeliharaan Pokok (Seksyen 35D) (Borang B
Jadual ii)
Jika
pemunya tanah yang tanahnya dimasukkan oleh sesuatu Perintah
Pemeliharaan Pokok yang di awardkan, membuktikan bahawa dia
mengalami kerugian yang berupa kekusutan dalam nilai tanahnya,
akibat dari mematuhi perenggan (a) hingga (d) Seksyen 35C.
vii.
Rayuan Terhadap Perintah Menggantikan Semula
Pokok (Seksyen 35E)(Borang E Jadual ii)
Bilamana
orang yang telah didapati bersalah di bawah Seksyen 35A(4)
kerana menebang pokok yang tertakluk kepada Perintah Pemeliharaan
Pokok, yang dikehendaki menggantikan pokok itu dengan menanam
suatu pokok yang lain.
|
|
|
|
|
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
|
|