Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pembangunan & Perumahan: Permohonan Kelulusan Pelan Landskap

DOKUMENT DAN MAKLUMAT YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN KELULUSAN PELAN LANDSKAP

  1. 3 set pelan cadangan (1 linen, 2 kertas)
  2. Setiap pelan diwarnakan dengan lengkap dan dilipat dalam saiz A4
  3. 3Nama dan tandatangan Arkitek Landskap/Perunding Landskap yang mendaftar dengan ILAM di atas setiap pelan
  4. Satu salinan pelan tapak menunjukan kedudukan pokok dan pembangunan sedia ada berserta gambar kawasan
  5. Nama, alamat dan tandatangan pemilik atas setiap pelan
  6. Pelan kunci dan pelan lokasi ditunjukkan
  7. Pelan penamaan (planting plan) dalam skala yang bersesuaian
  8. Tempat letak kereta ada disediakan 'island' bagi setiap 5 tempat letak kereta ditanam 1 nos pokok
  9. Nama, saintifik, nama biasa, ketinggian, jarak tanaman, diameter dan jumlahnya dinyatakan bersebelahan dengan simbol tanaman
  10. Semua kawasan terbuka ditanam dengan 'close turfing'
  11. Pelan padang permainan & kelengkapan taman dikemukakan berasingan
    • Kemudahan awam terutama dikawasan perumahan awam perlu disediakan mengikut pelan susunatur yang diluluskan
    • Kawasan lapang, gelanggang rekreasi terbuka, taman permainan kanak-kanak ,padang bola dan lain-lain
    • Perkakas permainan yang dibekalkan perlu daripada bahan-bahan yang telah diluluskan oleh SIRIM dan selamat untuk digunakan.
    • Maklumat berikut perlu dibekalkan.
    • Nama pembekal
    • Jenis Alat Pembekal
    • Lampiran atau Nota Kajian Alat Permainan
    • Surat Jaminan Pengedar
    • Menyediakan kemudahan taman seperti bangku-bangku duduk, lampu-lampu taman, papan tanda dan sebagainya
  12. Lukisan perspektif bersaiz A4 dan dua lukisan keratan rentas yang menunjukan cadangan dataran dan dataran sedia ada
    • Sekurang-kurangnya 2 pelan perspektif perlu disediakan sebagai gambaran keseluruhan projek. Kawasan-kawasan yang menjadi pilihan termasuklah halaman plaza hadapan bangunan atau kawasan khas yang telah dikenalpasti sebagai tarikan awal kepada pembangunan yang dilaksanakan.
  13. Sistem jaluran jalan kaki ( projek tertentu sahaja )
  14. Perkara-perkara yang perlu dicatitkan di pelan
    • Garis tanda tingkat bawah (Basement Line)
    • Garisan dinding penahan (Retaining Wall)
    • Kawasan lereng bukit
    • Bahu jalan
    • Laluan tinggi kabel (High Voltage Line)
    • Laluan utiliti bawah tanah
    • Kawasan-kawasan berair, pergigian air dan paya
    • Laluan sedia ada
    • Tanaman serta pokok sedia ada (diwarnakan berlainan)
    • Sistem pengairan untuk penyiraman
    • Perabut-perabut landskap dengan surat jaminan pembekal
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)