Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Pembangunan/Perumahan : Permohonan Perakuan Pelan Susun Atur

MAKLUMAT AM:

JABATAN PERANCANGAN BANDAR DAN DESA
NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PANDUAN MENGISI BORANG PERMOHONAN PERAKUAN PELAN SUSUNATUR (BORANG JPBD .Sel.(KP)/Bl/1999)

  1. Butir-Butir Pemohon
    1. Nama pemohon - Hendaklah diisi oleh pemohon dengan nama sebenar mengikut kad pengenalan.
    2. Alamat-Alamat semasa pemohon.
    3. No.. Kad Pengenalan - No. KP mengikut didalam KPT atau Kad pengenalan atau Kad Anggota Keselamatan.
    4. No. telefon - Nombor telefon terkini pemohon (jika ada).
    5. No. Fax - No. fax terkini pemohon (jika ada)
    6. Alamat E-mail-Alamat terkini (jika ada)
    7. Pemohon perlu menyatakan samada rnembuat permohonan persendirian sebagai pemilik tanah atau wakil syarikat atau wakil kuasa (PA) atau Jururancang.
    8-11 Jika permohonan bagi pihak syarikat perlu menyatakan jawatan dalam syarikat, nama syarikat, no. telefon syarikat dan nombor fax terkini.
    12-13 (Rujukno.4&5)

  2. Butir-Butir Tanah
    14. Perlu menyatakan perihal butir tanah dengan jelas.
    15. Nyatakan pemilik semasa tanah berkenaan

  3. Butir-butir Permohonan
    16.1 - 16.2 Seandainya pemohon pernah membuat perrmohonan perancangan.ruangan ini hendaklah diisi. Jika tidak pernah biarkan kosong.
    17 Pemohon hendaklah menandakan kotak yang berkenaan sanaja bagi tujuan permohonan yang
    dibuat:-
    17.1 Permohonan ubah jenis kegunaan tanah dan pecah sempadan secara serentak (Seksyen 124A,KTN).
    17.2 Permohonan Pecah Sempadan bagi pemohon yang telah mendapat kelulusan ubah jenis kegunaan tanah dibawah Seksyen 124 dan pecah sempadan 137 Kanun Tanah Negara (KTN).
    17.3 Permohonan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Seksyen 204D. KTN.
    17.4 Permohonan Penyerahan Balik dan Pemberimilikan Semula Seksyen 197 KTN.
    17.5 Permohonan Penyerahan Balik Sebahagian Tanah Seksyen 200 KTN.
    17.6 Lain dari diatas hendaklah dinyatakan jika ada.

  4. Maklumat yang dikemukakan.
    18. Pemohon hendaklah mengisi no.pelan pemohon diruangan kosong.
    19. Pemohon hendaklah mengisi no pelan kerja ukur diruangan kosong.Pelan kerja ukur hendaklah mempunyai skala yang sama dengan pelan susunatur.
    20 Pemohon hendaklah mengisi diruangan kosong jika terdapat pokok yang perlu dipifelihara dibawah Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976, Pindaan A933, 1995.
    21. Pelan Akuan Ukur yang dikeluarkan oleh Jabatan Ukursebanyak 10 salinan.
    22. Laporan Cadangan Pemajuan yang disediakan oleh Jururancang Bandar Berdaftar.
    23. Surat kelulusan EIA bagi projek melebihi 50 hektar yang dikeluarkan oleh Jabata Alam Sekitarjika ada.
    24. Laporan Kajian Geoteknik disertakan jika diarahkan oleh Jabatan ini

(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)