Perkhidmatan:
Kemudahan Awam
: Permohonan Sewa Dewan/Peralatan/Kemudahan Sukan
|
|
MAKLUMAT AM:
Syarat-syarat
- Bayaran yang dikenakan hendaklah dijelaskan selewat lewatnya 7 hari sebelum tarikh penggunaan kerana kebenaran penggunaan hanya berkuatkuasa selepas semua bayaran dijelaskan.
- Pengguna hendaklah memastikan keselamatan, kebersihan dan keselesaan kemudahan sebelum, semasa dan selepas penggunaan.
- Pengguna dikehendaki menyusun dan mengemas semua peralatan sebelum dan selepas penggunaan.
- Semua bangunan awam dan persekitarannya adalah kawasan larangan merokok.
- Dilarang membawa keluar sebarang peralatan daripada dewan dan stadium tanpa kebenaran khas.
- Dilarang memasak di dalam dewan dan stadium atau kawasan persekitarannya.
- Dilarang membawa sebarang jenis binatang ke dalam dewan dan stadium atau kawasan persekitarannya.
- Dilarang membawa atau menghidangkan makanan yang mengandungi daging babi dan minuman keras/memabukkan ke dalam dewan dan stadium atau persekitarannya.
- Sebarang kerosakan dan kecacatan kemudahan dan peralatan semasa penggunaan hendaklah diperbaiki atau diganti oleh pengguna.
- Pengguna gelanggang permainan hendaklah berpakaian kemas dan memakai kasut yang bersesuaian.
- Penyewa gelanggang bulanan hendaklah menjelaskan bayaran sewa bulan berikutnya sebelum 1 haribu-lan. Denda RM1.00 sehari akan dikenakan bagi setiap hari kelewatan. (2hb= : RM1.00 & seterusnya)
- Pihak Majlis berhak membatalkan kebenaran penggunaan untuk penyewa gelanggang bulanan dan menawarkan kekosongan tersebut kepada pemohon baru tanpa sebarang notis sekiranya penyewa gagal menjelaskan sewa bulan berikutnya dalam masa 14 hari tanpa sebarang pemberitahuan bertulis
- Dilarang bermaga^erjaja di dalam dewan dan stadium atau kawasan persekitarannya.
- Pihak Majlis berhak membatalkan kebenaran penggunaan dengan notis dalam masa yang singkat sekiranya terdapat pelanggaran syarat atau timbul perkara perkara yang berkaitan dengan keperluan jabatan.
- Peraturan/syarat dan kadar penggunaan lain yang tidak dinyatakan akan ditentukan oleh pihak Majlis mengikut kesesuaian.
- Penguatkuasaan serta pengubahsuaian peraturan dan syarat di atas adalah berdasarkan kesesuaian dan budibicara.
|
|
|
|
|
|
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
|
|
|
|
©
2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
|
|
|