Perkhidmatan  

Perkhidmatan: Kemudahan Awam

MAKLUMAT AM:

Jenis-jenis permohonan:

  1. Pemasangan dan Permohonan Air
  2. Penutupan Akaun

Syarat-syarat pemasangan dan permohonan bekalan air

  1. Setiap permohonan hendaklah dikemukakan oleh tukang paip yang berdaftar dengan Jabatan Bekalan Air Selangor ke bahagian permohonan/cagaran untuk pendaftaran.
  2. Borang permohonan yang perlu diisi adalah borang JBAS : 1/96. lanya perlu diisi dengan lengkap mengikut syarat-syarat permohonan bekalan air dan ditandatangani oleh pemohon.
  3. Senarai semakan permohonan bekalan air mengikut kategori:
    1. Skim perumahan
      1. Borang JBAS:1/96 yang lengkap diisi.
      2. Salinan kad pengenalan pemohon
      3. No. fail kelulusan pelan dari Jabatan Bekalan Air Selangor beserta salinan pelan paip dalaman yang diluluskan.
      4. Senarai nama pemohon berserta alamat.
      5. Satu pelan tapak cadangan lengkap dengan nombor rumah, nama jalan dan nama taman yang lengkap oleh Pihak Berkuasa Tempatan.
      6. Sistem bekalan air yang telah diluluskan dan telah diserahkan kepada jabatan.
    2. anah Bergeran / T.O.L
      1. Borang JBAS:1/96 yang lengkap diisi
      2. Salinan geran yang menunjukkan nama pemilik dan nombor geran / cukai T.O.L bagi tahun semasa (bagi kawasan di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan peraturan bergantung kepada syarat Pejabat Daerah/Majlis Tempatan).
      3. Salinan kad pengenalan pemohon
      4. Salinan bil air premis terdekat dengan tapak cadangan (Jika Ada).
    3. Gerai dan Setinggan
      1. Borang JBAS:1/96 yang lengkap diisi.
      2. Surat sokongan dari Pihak Berkuasa Tempatan/Pejabat Tanah Daerah
      3. Salinan lesen perniagaan.
      4. Salinan kad pengenalan pemohon.
      5. Salinan bil air premis terdekat dengan tapak cadangan (Jika Ada).
      6. Salinan surat kelulusan Jawatan Kuasa Setinggan bagi setinggan sahaja.
    4. Menaik Taraf Sistem Bekalan Air ('Improvement')
      1. Borang JBAS:1/96 yanglengkap diisi.
    5. Pembinaan ('Construction Supply')
      1. Borang JBAS:1/96 yang lengkap diisi.
      2. Pelan pembangunan yang telah diluluskan oleh pihak Berkuasa . Tempatan.
      3. Salinan bil air premis terdekat dengan tapakcadangan (JikaAda).

Syarat - syarat pertukaran nama dan akaun

  1. Borang JBAS: 1 /96 hendaklah dipenuhi dan ditandatangani oleh pengguna baru.
  2. Salinan dokumen sokongan seperti surat perjanjian jual/beli, perjanjian sewa dan sebagainya.
  3. Bil air premis berkenaan (Jika Ada).
  4. Salinan kad pengenalan atau nombor pendaftaran sijil perniagaan dan cop syarikat (jika berkenaan).

Bilakah Meter Air Anda Boleh Dipasang?
Setelah permohonan ada memenuhi syarat- syarat yang telah dinyatakan, Sijjil Kelayakan Menduduki (C.F. / T.C.F) diperolehi (di dalam kawasan Pihak Berkuasa Tempatan SAHAJA) serta menjelaskan segala bil-bil berkaitan.

Borang Penutupan Akaun
Syarat-syarat penutupan akaun

  1. Borang JBAS: 2/96 hendaklah diisi dan ditandatangani oleh pengguna sedia ada.
  2. Semua tunggakan bil air hendaklah dijelaskan terlebih dahulu sebelum penutupan akaun dapat dibuat.
  3. Resit asal cagaran hendaklah diserahkan kepada pejabat ini bagi tujuan pemulangan cagaran. Jika tiada, surat akuan sumpah perlu disertakan.
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
(Sila "right-click" dan tekan "Save Target As..")
© 2003 Kerajaan Negeri Selangor Darul Ehsan
 
 
  1. Kursus Pra-Perkahwinan
  2. Aduan
  3. Permohonan Untuk Memecah Bahagi Bangunan
Bukan Ahli ? Daftarlah sekarang
 
  1. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MPS)
  2. Permohonan Jawatan Kontrak
  3. Permohonan untuk Jawatan dalam Majlis (MDHS)
  4. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDKS)
  5. Permohonan untuk Jawatan dalam Perkhidmatan (MDSB)