MAKLUMAT AM:
Peranan 11 Briged Infantri
Peranan Utama
Mempertahankan Kedaulatan dan Kepentingan Strategik Negeri Selangor Terhadap Ancaman Luar dan Dalam
Peranan Sekunder
Membantu Pihak Berkuasa Awam Dalam Membanteras Ancaman Dalam Negeri.
- Membantu Pihak Berkuasa Awam ketika pemulihan dan pemeliharaan ketenteraman Awam.
- Membantu Pihak Berkuasa Awam dalam Bencana Alam
- Membantu dalam Pembangunan Negara.
Cara-cara memulakan Kerjaya didalam Tentera Darat
Syarat Kelayakan Umum
- Warga Negara Malaysia.
- Umur:
Pegawai Kadet - 18 Ke 25 Tahun
Pegawai Siska Atma - 17 1/2 Ke 20 Tahun.
Pegawai Graduan Tugas Am - Tidak Melebihi 27 Tahun
Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas - Tidak Melebihi 30 Tahun.
Askar Laskar - 18 Ke 23 Tahun.
- Sihat Tubuh Badan dan Tidak Rabun Warna.
- Tinggi:
162 cm Minimum bagi Lelaki
157 cm Bagi Wanita
- Berat:
50 kg Bagi Lelaki
50 kg Bagi Wanita.
- Bujang.
Kelayakan Akademik Pegawai Kadet
Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan Sains atau Lulus Fizik atau Kimia dan Bahasa Inggeris. (Borang seperti dikepilkan)
Pegawai Siska Atma
Lulus SPM atau setaraf dengan mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Matematik dan 3 Mata Pelajaran lain yang telah ditetapkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengikut sidang pengajian.
Pegawai Graduan Tugas AM
- Memiliki Ijazah/Diploma dalam sebarang jurusan yang diiktiraf oleh JPA
- Kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di Peringkat SPM atau setaraf.
Pegawai Graduan Tugas Ikhtisas
- Memiliki kelulusan seperti berikut dan juga mendapat kepujian dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik di peringkat SPM atau setaraf.
- Bahagian Kejuruteraan
- Ijazah Kejuruteraan Awam
- Ijazah Kejuruteraan Jentera
- Ijazah Kejuruteraan Elektrik
- Ijazah Kejuruteraan Elektronik
- Ijazah Kejuruteraan Pengeluaran
- Ijazah Kejuruteraan Senibina
- Ijazah Kejuruteraan Ukur Bahan
- Ijazah Kejuruteraan Komputer
- Bahagian Perubatan
- Ijazah Doktor Perubatan
- Ijazah Doktor Pergigian
- Ijazah Perubatan Veterinar
- Ijazah Farmasi
- Bahagian Pelajaran
- Ijazah Sarjana Muda dengan Pendidika (Kepujian atau AM)
- Ijazah Sarjana Muda serta Diploma Pendidikan (Kepujian atau AM)
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau AM) dalam bidang yang bersesuaian
- Bahagian Kagat
- Ijazah Sarjana Muda (Kepujian atau AM) dalam Ilmu Pengajian Islam.
- Askar Lasykar
- Sekurang-kurangnya tamat Tingkatan 3
Cara-cara memohon
Pegawai Kadet / Graduan Tugas AM / Ikhtisas
Calon boleh mendapatkan borang permohonan yang disediakan. Selain itu calon boleh menulis surat dengan mengepilkan salinan Sijil Kelulusan Akademik dan sampul surat berukuran 22cm X 11cm yang beralamat sendiri serta setem atau datang sendiri ke alamta berikut :
Cawangan Tenaga Kerja
Bahagian Perkhidmatan Anggota
Markas Angkatan Tentera Malaysia
Kementerian Pertahanan, Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian : Tenaga Kerja C)
Telefon : 03-26921 333/45261 /45241 /2387
Faks: 03-26985340 E-MAIL : tkc_peg@yahoo.com
Siska Atma
Pengajian Akademik dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Peringkat Ijazah Sarjana Muda.
Mohon melalui Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (BPKP) yang dahulu dikenali sebagai Unit Pusat Universiti (UPU) Selepas keluar keputusan SPM/SPMV
Askar Lasykar
Pemilihan adalah terbuka (Walk In) Di tempat-tempat yang diiklan/diumumkan (Di dalam Surat Khabar). Semua Pertanyaan dan Permohonan boleh dialamatkan kepada :
Tentera Darat Malaysia
Cawangan Sumber Manusia
Markas Tentera Darat
Kementerian Pertahanan
Jalan Padang Tembak
50634 Kuala Lumpur
(Untuk Perhatian : Sel Pengambilan)
Pusat-pusat Latihan
Tentera Darat Malaysia
Pegawai Kadet/SISKA/Graduan
- Kolej Tentera Darat, Johor Bahru
- Akademi Tentera Malaysia (ATMA), Kuala Lumpur
- USMA, West Point.
- RMA Sandhurst, UK
- OCS Waiouru, New Zealand
- OCS SAFTI, Singapura
- RMC Duntroon, Australia Askar/Laskar
- PUSASDA, Port Dickson.
Dokumen yang diperlukan
Pegawai Kadet / SISKA ATMA / Graduan Tugas AM / Graduan Tugas Ikhtisas
- Kad Pengenalan Malaysia
- Sijil Kelahiran
- Sijil Kelulusan Akademik (SPM/SPMV/Diploma/Ijazah)
- Sijil Berhenti Sekolah
- Surat Akuan/Sokongan (Jika Ada)
- Sijil-sijil Perhargaan Akademik/Kokurikulum
- Filem dan Laporan X-Ray Dada
- Sekeping gambar berukuran Pasport
Askar Lasykar
- Kad Pengenalan Malaysia
- Sijil Kelahiran
- Sijil Kelulusan Akademik (PMR/SPM/'SPMV)
- Sijil Berhenti Sekolah
- Surat Akuan/Sokongan (Jika Ada)
- Sijil-sijil perhargaan Akademik/Ko-kurikulum
- Filem dan Laporan X-Ray Dada
- Sekeping gambar berukuran pasport
Rejimen dan Kor Terdapat Di Dalam Tentera Darat
- Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) - Merupakan Rejimen Yang Tertua Yang Dianggotai Sepenuhnya Oleh Anak Watan Melayu. Moto Bagi Rejimen Ini Adalah "Taat Setia"
- Rejimen Renjer Diraja (RRD) - Merupakan Rejimen Yang Dianggotai Oleh Berbagai Kaum- Moto Bagi Rejimen Ini "Agi Idup Agi Gelaban"
- Rejimen Armor Diraja (ARMOR) ~ Rejimen Beroperasi Menggunakan Kereta Perisai/Kebal,
- Rejimen Semboyan Diraja (RSD) - Sistem Komunikasii Elektronik Persuratan Dan Komputerisasi Dalam Tentera Darat Adalah Tanggungjawab Rejimen Ini.
- Rejimen Askar Jutra Diraja (RAJD) - Rejimen Ini Membantu Dalam Semua Fasa Peperangan Menggunakan Alat-Alatan Kejuruteraan Canggih Dan Terkini.
- Rejimen Artileri Diraja (RAD) - Rejimen Mampu Memberi Tembakan Bantuan Dan Senjata Jenis Meriam, Mahir Dalam Bidang Elektronik, Radar Dan Komputerisasi Dalam Mengesan Dan Memusnahkan Pergerakan Musuh Di Udara Dan Darat.
- Rejimen Gerak Khas (RGK) - Pasukan Elit Tentera Darat Yang Dilatih Untuk Berbagai Tugas Khas Menggunakan Pelbagai Peralatan. Rejimen Boleh Digerakkan Melalui Darat, Laut Dan Udara.
- Kor Perkhidmatan Am (KPA) - Mahir Dalam Bidang Perkeranian, Kewangan, Pendidikan Dan Perhubungan Raya, Mereka Dilatih Di Institut Awam/Kerajaan Yang Di Iktiraf.
- Kor Kesihatan Diraja (KKD) - Bertanggungjawab Keatas Hal-Hal Kesihatan Dan Pergigian.
- Kor Polis Tentera Diraja (KPTD) - Bertugas Sebagai Polis Tentera Dan Bertanggungjawab Menguatkuasa Peraturan Ketenteraan.
- Kor Risik Diraja (KRD)) - Tugas Perisikan, Geraksaraf Dan Keselamatan Maklumat Dan Material Menjadi Tugas Utama Kor Ini.
- Kor Perkhidmatan Diraja (KPD) - Menyediakan Bantuan Logistik Dari Segi Kenderaan, Minyak, Makanan, Sajian, Pengangkutan Udara dan Lain-Lain Bantuan Logistik
- Kor Ordinan Diraja (KOD) - Membekalkan Segala Kelengkapan Peluru, Pakaian, Dan Peralatan-Peralatan Lain.
- Kor Jurutera Letrik Dan Jentera Diraja (KJLJD) - Kor Ini Membaikpulih Semm Jenis Kenderaan, Peralatan, Jentera Dan Persenjataan.
- Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) - Kor Ini Bertanggungjawab Menerapkan Nilai Islam Serta Penghayatannya Dalam Semua Bidang Dan Peringkat Ketenteraan.
- Pasukan Udara Tentera Darat (PUTD) - Ditubuhkan Kerana Tentera Darat Perlu Berdikari Dalam Kekuatan Udaranya Sendiri Samada Untuk Keperluan Tempur Atau Memusnahkan Musuh.